Friday 2 February 2018

KAUM BISAYA DI SARAWAK

            ETNIK BISAYA DI SARAWAK 




Image result for kaum bisaya di sarawak




1.1 ASAL USUL KAUM BISAYA

Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Kilas, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan  dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum Lun Bawang/Lun Dayeh ,Dusun dan Murut.
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan Mohammad Shah.Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Bisaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak ,Malaysia sahaja. Bisaya yang terdapat di Filipina dikatakan berasal dari Borneo dan penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik yang tidak menentu.
Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal tahun 977 Masihi dan ini memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong kepada penghijrahan bangsa Bisaya ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasaMelayu  berbanding bahasa suku Bisaya di Filipina.



1.2 SEJARAH BANGSA BISAYA 


Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).
Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.


1.3 ASAL USUL PERKATAAN BISAYA

Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Bisai Iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Dan setengah pendapat mengatakan ia berasal daripada perkataan "Ma Bisa" iaitu bermaksud bisa yang dikaitankan dengan ilmu sihir atau perubatan yang biasanya diamalkan oleh suku kaum ini pada ketika itu.Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini.Sama ada perkataan Bisaya itu berasal dari perkataan "Bisai Iya","Ma Bisa" dan "Bisa Iya" tiada kesahihan secara bertulis.
Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Śrīvijaya. Derek Headly (1950) menyatakan legenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.



1.4 ADAT RESAM DAN KEBUDAYAAN 

Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa sanskrit iaitu buddhayah,yang terbentuk dari perkataan buddhi(budi atau akal) dan diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi serta akal manusia.

Dalam bahasa inggeris,kebudayaan disebut culture,yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan.

Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. 

Terdapat segelintir penganut agama Islam dikalangan masyarakat Bisaya, kecuali yang telah menukar agama atau melalui perkahwinan campur.Majoriti masyarakat bisaya di Limbang adalah penganut agama Kristian dan terdapat juga segelintir yang masih mengamalkan adat dan kepercayaan lama.
Walaupun masyarakat Bisaya menghormati budaya dan tradisi turun temurun dalam bidang perubatan, perkahwinan dan kematian, sebenarnya ianya jarang lagi diamalkan pada masa sekarang, berkemungkinan juga kerana telah mengikut pegangan agama masing-masing.Walaupun dukun atau bidan boleh dipanggil untuk mengubati pesakit pada masa yang diperlukan, tetapi masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk pergi ke klinik yang berdekatan/berhampian untuk mendapatkan rawatan.

1.5 MUZIK ,SENI DAN KRAFTANGAN MASYARAKAT BISAYA

Masyarakat Bisaya Limbang terkenal sebagai pencinta muzik tradisional.Gong-gong boleh ditemui disetiap rumah.Apabila Gong dipalu, setiap orang, lelaki ataupun wanita, tua atau muda akan turut serta menari.Alat-alat muzik tradisi bagi masyarakat Bisaya terdiri daripada Gong, Dumbak (dram) & Biola.Lain-lain alat ialah Sengkurong dan Kalid, Agung, Kelentangan, Tawak, Bebandil dan Bandil Teretek.

Semua alatan-alatan ini dimainkan dalam gandang atau Upacara Babulang, Perkahwinan, Kematian Kelahiran dan sebagainya.
Terdapat 3 jenis lagu yang dimainkan untuk hiburan mahupun perayaan.Yang pertama ialah Anding, iaitu menggunakan dua dumbak (dram) kecil dan satu Biola.Selain Anding, Betiap dan Siram ialah dua lagi jenislagu lain yang dimainkan, yang hanya dengan menggunakan dumbak (dram).
Selain bidang Muzik, masyarakat Bisaya juga mahir membuat Parang untuk pelbagai jenis kegunaan.Terdapat manao atau menao yang biasa digunakan oleh lelaki, dan madik pula tangkainya diperbuat daripada gangsa dan sering dibawa sebagai senjata bagi golongan muda.
Terdapat juga madik yang lain iaitu bersaiz panjang dan telah digunakan untuk ngayau pada masa dahulu, dan sandong pula digunakan untuk mempertahankan diri.
Selain Parang, masyarakat Bisaya Limbang juga mahir membuat saging, iaitu bekas yang digunakan untuk membawa beras semasa upacara Babulang.(Saging juga boleh digunakan sebagai bekas untuk membawa pelbagai jenis barang lain, ibarat sebuah beg pada ketika itu.)
Pakaian tradisi masyarakat Bisaya pula adalah berwarna hitam, (lengan panjang) dan terdapat garisan keemasan pada bahagian tepi butang, lengan dan juga kalung leher.
Masyarakat Bisaya juga menghias rumah terutama menyambut ketibaan tetamu.Hampir setiap rumah mempunyai Tray, Lengguai untuk melayan tetamu dan Lengguai dibahagikan sebagai Rokok daun bagi para tetamu semasa perayaan/upacara.
Secara tradisinya, kaum wanita memakai tenturok, sejenis tali pinggang suci, sebagai sebahagian daripada pakaian mereka.


Related image
BANDIL TERETEK








1.6 UPACARA PERKAHWINAN 

Perkawinan tradisional orang Bisaya secara umum berisi 5 upacara adat,iaitu nulasoh (merisik) ,basuruh (menentukan mas kahwin), ngadapit mansaoh atau barian (menghantar suami), bagu atis(basuh kaki),dan nguli angai(mendapat alamat baik).Rangkaian upacara adat itu harus dilakukan secara beturutan.Jika tidak,maka dianggap tidak sah kerana menyalahi adat(Kahti Galis,1990) 

2.Waktu dan Tempat Pelaksanaan 

Waktu pelaksaan perkahwinan tradisional Bisaya tergantung pada kesepakatan kedua belah pihak pengantin iaitu biasanya  tiga bulan selepas waktu pelamaran. Perkawinan dilaksanakan di dua tempat iaitu rumah mempelai perempuan dan mempelai lelaki. Upacara yang dilakukan di rumah mempelai perempuan meliputi nulasoh(merisik) , besuruh(menentukan mas kawin), dan apit mansoah atau barian(menghantar suami). Dua upacara selanjutnya , iaitu bagu atis(basuh kaki), dan nguli angai(mendapat alamat baik)digelar di rumah mempelai lelaki.

3.Pemimpin dan Peserta Upacara

Upacara perkawinan adat Bisaya dipimpin oleh ketua adat dan dihadiri oleh keluarga ,kerabat, dan masyarakat umum yang diundang. Pada zaman sekarang,upacara perkawinan adat Bisaya dipimpin oleh petugas khusus dari pemerintah.

4.Peralatan dan Bahan

-Pakaian tradisional Bisaya pengantin lelaki dan perempuan
-Pedang untuk dibawa pengantin lelaki
-Wang
-Cincin emas
-Seekor kerbau
-Pinggan untuk tempat air sirih

5.Proses Pelaksanaan

Proses pelaksanaan perkawinan adat orang Bisaya secara umum meliputi tiga tahap,iaitu persiapan,pelaksaan dan penutup

a.Persiapan

Pada tahap persiapan ini,keluarga kedua mempelai harus menyiapkan segala peralatan dan bahan yang sudah dipersiapkan.

b.Pelaksanaan

Pelaksanaan perkahwinan tradisional orang Bisaya meliputi lima tahap iaitu;

1.Nulasoh(merisik)

Nulasoh berarti melamar gadis yang dianggap tepat.Hal ini dilakukan sebagai bukti keseriusan mempelai lelaki untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri.Nulasoh dilakukan dengan cara keluarga mempelai lelaki menghantar salah satu atau dua dari saudaranya (biasanya perempuan) pergi kerumah gadis untuk melamar.Seperti umumnya dalam budaya Melayu , upacara nulasoh biasanya dibumbui dengan pantun-pantun untuk menyampaikan maksudnya.

Seandainya keluarga gadis tidak setuju, maka penolakan dilakukan dengan rendah hati.Menolak lamaran pantang dilakukan dengan cara kasar kerana dipercayai akan mendatangkan malapetaka.Jika lamaran itu diterima,biasanya keluarga gadis itu akan meminta waktu untuk mempertimbangkan samada menerima atau menolak pinangan tersebut.Orangtua gadis itu tidak boleh memaksa anaknya menerima mahupun menolak pinangan tersebut dan hanya berhak memberi nasihat sahaja.

Apabila gadis itu bersedia menerima pinangan,keluarganya akan mengirim utusan untuk menyampaikan kepada keluarga pelamar,dan selanjutnya akan membincangkan hari untuk menentukan mas kawin(besuruh).

2.Basuruh atau barian(menentukan mas kawin)

Setelah lamaran diterima,keluarga pelamar akan datang kerumah gadis itu sesuai dengan hari yang telah ditetapkan untuk membicarakan tentang segala hal perkawinan.Ritual inilah disebut dengan basuruh,iaitu upacara untuk menentukan mas kawin dan hari pertunangan.

Rombongan besuruh biasanya dipimpin oleh orang tua mempelai lelaki diiringi oleh beberapa sanak saudara.Rombongan ini biasanya akan membawa buah tangan untuk tuan rumah.

Dirumah gadis tersebut,rombongan pelamar dijamu dengan jamuan ringan.Kaum lelaki akan duduk diruang tengah,sementara kaum perempuan akan duduk diruang dalam.Pada awalnya kedua dua pihak belum membincangkan masalah mas kawin,tetapi mereka lebih dulu berbincang tentang banyak hal.Setelah selesai,mereka akan dijamu makan tengahari(makan madau).

Setelah selesai makan madau,pebicaraan mengenai mas kawin baru dimulai.Sebelum di mulai,pihak pelamar biasanya sudah tahu jikalau lamaran diterima oleh gadis tersebut dari salah seorang ahli keluarga perempuannya yang sengaja dihantar untuk bertanya gadis tersebut langsung di ruang dalam.Setelah mendapat kepastiaan ini,keluarga pelamar akan menyerahkan cincin dan wang sebagai tanda pertunangan telah dilakukan.

Setelah acara penyarungan cincin selesai,pihak gadis tersebut akan mengumumkan mas kawin akan mereka minta kepada pihak lelaki.Mengikut adat Bisaya,mas kawin harus berupa;

-Wang harian(mas kawin) sejumlah kebutuhan harian yang mencukupi.
-Seekor kerbau untuk disembelih saat kenduri atau dapat ditukarkan dengan duit sama     harga dengan kerbau
-Wang belanja yang habis untuk dikeluarkan saat resepsi perkawinan(belanja hangus)
-Kumbang tandu(tanda kawin)berupa sebiji gong atau dapat ditukarkan dengan duit   
 seharga dengan gong tersebut
-Hadiah kawin kepada para wakil pihak si gadis saat menerima tunangan sejumlah empat   orang.Dua dari pihak ayah si gadis dan dua dari pihak ibunya.Hanya hadiah sesuai dengan kesepakatan bersama.

3.Ngadapit mansaoh(menghantar suami)

Acara puncak dari adat perkawinan adat orang Bisaya adalah menghantar suami atau resepsi.Upacara ini dilakukan dirumah mempelai perempuan.Seminggu sebelumnya,biasanya keluarga pengantin perempuan sudah mempersiapkan segala sesuatunya.

Seminggu sebelumnya juga,pihak lelaki telah menghantar wang belanja hangus dan seekor kerbau untuk disembelih saat kenduri.Namun,ketika penduduk Bisaya tidak lagi banyak memeliki kerbau,maka adat ini ditukar dengan wang.

Di rumah pengantin lelaki biasanya sudah berkumpul segenap keluarga yang akan ikut mengiringi penganti lelaki menuju rumah pengantin perempuan.Sebelum berangkat,rombongan akan menikmati hidangan sederhana dan mereka umumnya akan bertolak tengahari.

Di rumah pengantin perempuan sudah sejak seminggu sebelumnya mempersiapkan segala macam masakan untuk menjamu rombongan pengantin lelaki.Pihak pengantin perempuan juga menjemput jiran dan saudara mara atau sahabat handai.Selain itu,mereka juga membawa buah tangan seperti keperluan dapur seperti beras,gula,buah kelapa,roti,juga sayuran.Selain itu,mereka turut menyumbangkan sejumlah wang untuk meringankan keperluan pengantin perempuan.

Rombongan pengantin akan disambut oleh orang tertentu dari pihak perempuan diiringi muzik tradisional khas Bisaya.Selanjutnya,rombongan pengantin lelaki dipersilakan duduk ditempat masing-masing untuk makan tengahari.

Selepas makan,wakil dari rombongan pengantin lelaki akan bediri untuk memimpin penyerahan wang harian kepada pihak pengantin perempuan.Sebagai tanda dimulainya acara,wakil pengantin lelaki akan memukul gong tiga kali.Setelah itu,akan diserahkan wang harian berupa sebiji gong(kumbang tandu), kotak penyimpan perhiasan(langui), tali pinggang perempuan(rantai cincing), baju perempuan tradisional Bisaya (baju kebaban), dan kain tenun Bisaya(tajong basulat).Kumbang tandu ini harus dikembalikan kepada pengantin lelaki jika terjadi penceraian antara kedua pengantin tersebut. 

Setelah penyerahan mas kawin,maka perkawinan tersebut sah.Selanjutnya pengantin lelaki diperbolehkan memasuki ruang dalam dari rumah pengantin perempuan.Rombongan pengantin dan tetamu yang lain akan menikmati hidangan.

4.Bagu Atis(basuh kaki)
Setelah tiga hari seusai acara mendapat mansaoh,dilakukan upacara bagu atis,iaitu membasuh kaki dan mendoakan kedua pengantin agar tidak diganggu hantu pogot yang hidup di rumpun-rumpun rindang dan gelap.Hantu pogot akan menyamar salah satu pengantin agar dapat tidur dengan pengantin tersebut.Selain itu,upacara bagu atis dilakukan untuk melepaskan pasangan dari dosa kotor yang telah diperbuatnya selepas berhubungan seksual.Upacara bagu atis digelar di rumah pengantin lelaki.Pertama si suami memasuki ke rumah sambil menghunus pedang yang dibawanya saat upacara ngadapit mansaoh. 

Setelah itu,seorang anak saudara perempuan si suami yang belum menikah masuk ke rumah sambil membawa pinggan berisi air sirih,lalu membasuh kaki pasangan tersebut.Pinggan harus bewarna putih sebagai simbol semoga hati pasangan tersebut bersih. 

Setelah selesai pembasuhan kaki,lalu suami isteri itu diminta untuk membagi daun sirih kepada yang hadir dan bersama mereka makan daun sirih.Setelah itu suami isteri tersebut diminta membuang air sirih dicelah-celah lantai.Hal itu sebagai simbol semoga keduanya dikurniakan anak dan rezeki yang baik.Mengikut kepercayaan ,jika air tersebut bewarna pudar dan tidak merah, maka itu menunjukkan bahawa suami isteri tersebut penyemburu. 

Selepas itu,suami isteri tersebut diminta untuk turun ketanah dan mengelilingi rumah jika ia ingin tinggal di rumah tersebut.Hal ini sebagai simbol bahawa mereka sudah bebas untuk melakukan apa sahaja  tanpa takut mendapat gangguan dari makhluk jahat. 

5.Nguli angai(mendapat alamat baik)

Dua hari selepas upacara bagu atis,diadakan upacara nguli angai,iaitu upacara menandai kepulangan pengantin kerumah suami pertama kalinya.Pasangan suami isteri tersebut akan tidur di rumah pengantin lelaki selama dua atau tiga malam sebelum berpindah ke rumah lain yang ditetapkan menjadi tempat tinggal. 

Upacara ini juga ditujukan untuk mencari dan memperoleh tanda-tanda buruk yang terbawa selama upacara perkahwinan berlangsung.Upacara ini diharapkan akan menjadi doa agar pasangan suami isteri hidup dengan selamat dan sejahtera di hari depan.

C.Penutup 

Pelaksanaan perkawinan tradisional orang Bisaya ditutup dengan berjabat tangan antara keluarga,kerabat dan para tetamu yang hadir dalam acara tersebut.Hal ini sebagai simbol bahawa semua yang hadir ikut berbahagia dan mendoakan pengantin.

6.Doa

Dalam upacara perkahwinan adat orang Bisaya terdapat beberapa doa yang dipanjatkan, antaranya;
~Doa syukur kepada Tuhan dan memohon restu atas perkahwinan yang baharu saja       dilaksanakan
~Doa permohonan agar diberi rezeki yang cukup dan mendapat keturunan yang baik.
~Doa permohonan perlindungan dari roh-roh jahat.

7.Pantangan dan Larangan

Pengantin baru tidak diperbolehkan pergi atau masuk ke hutan kerana dikhawatirkan akan diganggu oleh makhluk halus yang jahat.

8.Penutup

Perkahwinan tradisional orang Bisaya tampak seperti sebuah perayaan bersama, di mana antara pengantin, keluarga mempelai dan masyarakat ikut serta.Perkahwinan tampaknya sebagai media perayaan sosial budaya yang mengikat banyak orang.Dalam konteks pelestarian budaya orang Bisaya, upacara tradisional perkahwinan ini penting untuk dikaji sebagai bahan pelajaran untuk mengenali dan memahami budaya orang lain.



Image result for baju  perkahwinan kaum bisaya sarawak
BAJU PERKAHWINAN KAUM BISAYA


1.7 KEPERCAYAAN KAUM BISAYA

Kehebatan orang Bisaya mungkin ada kaitan amalan mereka suatu ketika dulu yang begitu percaya kepada sesuatu yang pelik termasuk konon ada berita buruk yang
disampaikan oleh burung „juriak‟ setiap kali ia berbunyi. Difahamkan, kejadian buruk
pasti akan berlaku jika burung itu berbunyi.

Namun, kini kepercayaan sebegitu sudah semakin terhakis dan tidak pula ada kejadian buruk berlaku meskipun berpuluh kali burung itu berbunyi. Ia mungkin disebabkan pegangan agama yang kuat dalam kalangan mereka selain pencerapangaya pemikiran moden akibat perubahan zaman.Kepercayaan terhadap pantang larang ketika mengandung dan kehidupan seharian juga sudah semakin ditinggalkan meskipun dulu merekalah antara masyarakat paling kuat berpegang dengan pantang larang sehinggakan suami tidak boleh berulang alik keluar masuk rumah jika isteri mengandung kerana khuatir anak dalam kandungan susah untuk dilahirkan.



1.8 MENGURUSKAN JENAZAH


Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi kaum Bisaya. Mereka masih mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai budaya tersendiri. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk beduk bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya kematian. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak tujuh kali manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Mereka akan datang menziarahi serta membacakan surah Yasin serta Al-Quran. Menjelangnya subuh mereka akan menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai.

 Untuk mengebumikan jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah  diletakkan di atas kain usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Pengusung tersebut dibuat daripada dua batang buluh. Anak-anak pula akan mengelilingi di bawah mayat tersebut sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu mengingati arwah. 





1.9 MAKANAN TRADISIONAL BISAYA

Semua etnik pasti ada makanan tradisinya sendiri. Seperti juga orang Bisaya,mereka juga ada pelbagai makanan unik terutama berkaitan kuih tradisi yang sering dimasak untuk majlis tertentu atau sekadar santapan ketika santai. Ada pelbagai jenis kuih dalam masyarakat Bisaya dengan yang paling popular ialah kuih Kelupis dan Ambuyat.

Kelupis adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada beras pulut dan dibungkus menggunakan daun irik iaitu sejenis daun yang berbentuk leper dan panjang.


Ambuyat merupakan makanan tradisional kaum Bisaya di Sabah dan di Brunei. Ambuyat berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam. Ambuyat menjadi hidangan wajib ketika kenduri perkahwinan dan ketika hari keramaian bagi penduduk Bisaya. Ada ketikanya, ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahhari bagi menggantikan nasi. Bagi kanak-kanak kaum Bisaya, mereka turut menyukai ambuyat dan membesar dengan makanan tradisional nenek moyang mereka itu. Iabiasanya dibuat ketika menuai padi dan sebarang majlis gotong-royang kerana dapat menambahkan keseronakan dan kemeriahannya.




Image result for kelupis
KUIH KELUPIS


Image result for ambuyat
AMBUYAT





1.10 PAKAIAN TRADISIONAL


Dari segi berpakaian, memang orang Bisaya ada pakaian tradisinya dan kemungkinan turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya pun ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian tradisi etnik lain yang sarat dengan aksesori.

Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang dewasa kaum lelaki Bisaya adalah seluar panjang yang menutup kaki. Sebagai pasangannya dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian dada terbelah berkancing tiga, tanpa poket. Pada saat-saat tertentu kelengkapan pakaian ini ditambah dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Sedangkan dalam acara-acara rasmi seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan kain sarung.Warna yang digunakan oleh remaja lebih terang, dominan seperti warna hitam.




PAKAIAN KAUM WANITA
PAKAIAN KAUM LELAKI



 




1.11 BAHASA

Bertujuan untuk menterjemahkan Bahasa Bisaya kepada Bahasa Melayu, dan disamping itu juga dapat memperkenalkan bahasa Bisaya kepada dunia luar. Diharap ruangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai rujukan serta panduan yang berguna kepada pengunjung laman web ini.
Bahasa Bisaya – Bahasa Melayu
  • Jaie – Saya
  • Jati – Kita
  • Ikau, Ijun – Kamu
  • Jelama – Orang
  • Yo’ro – Mereka
  • Tancil – Misalnya/Contohnya
  • Sengaie/selieid – Semua
  • Ite/itey – Ini
  • Ino – Itu
  • A’id – Air
  • Damar – Bulan
  • Manau – Pergi/Jalan
  • Muli – Balik
  • Mikot – Datang
  • Keniab – Semalam
  • Adau Itey – Hari ini
  • Keduan – Lusa
  • Bedudun – Bersembang
  • Betimung – Berhimpun
  • Gayo – Besar
  • Diok – Kecil
  • Onjop – Tidak
  • Kumai – Tadi
  • Kutang – Berhutang
  • Kekimu/Kimu – Perempuan
  • Mianai – Lelaki
  • Indu – Ibu/Emak
  • Yama – Ayah/Bapa
  • Yaki – Datuk
  • Yadu – Nenek
  • Setarie – Adik
  • Kako – Abang/Kakak
  • Ra’at – Jahat
  • Muncoi – Baik
  • Nupi – Mimpi
  • Temidong – Bangun
  • Rat’uk – Jatuh
  • Adang – Jangan
  • Laman – Kandang
  • Mun – Kalau
  • Pongo – Siap
  • Lingkas/Lingkas-lingkas – Cepat/Cepat-cepat
  • Kemuan – Lupa
  • Bilin – Pesan
  • Dalai – Rumah
  • Serambi – Ruang Tamu
  • Abuk – Rambut
  • Dian – Lilin
  • Dondom – Pagi
  • Sorop Adau – Petang
  • Mentu’ong – Malam
  • Siau – Marah
  • Begirak/Girak – Ketawa
  • Gi’ad – Menangis
  • Lasu – Panas
  • Sagit – Sejuk
  • Madau – Tengahari
  • Omos – Peluh
  • Semadui – Berenang
  • Temolop – Menyelam
  • Sanang – Senang/Mudah
  • Susa – Susah
  • Ra’sam – Hujan
  • Tetuo – Orang Tua
  • Bawa/Ngakal – Bohong/Tipu
  • Modop – Tidur
  • Alai – rumah/(tarian)
  • Kapal – Tebal
  • Semuncui – Meniti
  • Lama – Lemah
  • Saboi – Sampai
  • Bawang – Sungai
  • No’bor – Nasi
  • Agas – Beras
  • Likud – Belakang
  • Longon – Tangan
  • Inan – Badan
  • Ontob – Setakat
  • Suang – Banyak
  • Ulu – Kepala
  • Rincak – Riuh
  • Tengalan – Seorang
  • Using – Kucing
  • Rompod – Hujung
  • Untu – Akhir
  • Pu’un – Permulaan/Akar
  • Milik – Menebas
  • Ngat’uk – Menuai
  • Ngakut – Ikat
  • Beguyung – Bergilir-gilir
  • Siau – Marah
  • Saging – Bekas untuk menyimpan beras/barang
  • Sulap – Pondok
  • Kerasik – Pasir
  • Bar’ai – Bayar
  • Nyu’gut – Ikut
  • Isai – Siapa
  • Amas – Emas
  • Ninang – Diasuh
  • Sebonor – Sebenar
  • Iyau – Hidup
  • Laid – Zaman Dahulu
  • Nakau – Mencuri
  • Senabit – Disebut
  • Suat – Terkena/kena
  • Nio – Sana
  • Tio – Sini
  • Turi – Kemudian
  • Potong – Gelap
  • Miang – Terang
  • Saganao – Sehati/Sejiwa
  • Buai – Lama
  • Agu – Baru
  • Temindak – Melompat
  • Kakal – Kekal
  • Mayak Ganao – Gembira
  • Manju – Mandi
  • Mu’pu – Basuh Kain
  • kakun – Tuala
  • kibung – Kelambu
  • Lonok – Gemuk
  • Ngihi – Kurus
  • Motong – Busuk
  • Mukul tali paun – Telefon
  • Adung – Hidung
  • Kabang – Mulut



PENUTUP


Sebenarnya banyak lagi budaya masyarakat Bisaya yang dibawa dari Kepulauan Borneo tetapi semakin tidak diamalkan. Adalah sesuatu yang dianggap mustahil untuk melihat beberapa budaya lama, malah tidak ramai juga yang mampu berkongsi cerita tentang adat budaya masyarakat Bisaya dewasa ini. Tambahan pula,masyarakat Bisaya ini semakin terhakis.
 

Begitu juga dengan adat budaya dan pantang larang, mungkin ada yang sama seperti etnik yang lain. Anak cucu orang Bisaya zaman sekarang kurang tahu berbahasa Bisaya .Sekiranya warisan ini tidak dipelihara, kemungkinan bahasa ini akan lenyap terus dan tinggal sejarah sahaja. Begitu juga dengan generasi Bisaya kini,mereka kurang faham dengan bahasa Bisaya. Namun begitu, jika pihak pertubuhan,contohnya Pertubuhan Bisaya Malaysia atau lain-lain pertubuhan memainkan peranan yang penting, mungkin dapat terus memelihara segala adat resam , kebudayaan dan bahasa etnik Bisaya ini.
 

Melalui pendokumentasian ilmiah ini, benarlah bahawa masyarakat Bisaya sememangnya merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada identiti dan cara hidupnya yang tersendiri. Proses asimilasi yang berlaku tidak menghilangkan identiti mereka dan tidak juga membuat mereka melupakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Kesimpulannya, etnik Bisaya juga merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu dan perlu dihormati dan dijaga identitinya.
 

Dewasa ini masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju Melayu terutamanya pada hari jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pelajar bukan Melayu. Hal ini membuktikan bahawa kewujudan etnik lain dalam masyarakat majmuk telah diterima ramai dengan masing-masing mula untukmengetahui budaya etnik lain dan memahami dengan mendalam supaya tidak timbul salah faham.
 

Paling pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelansungan hubungan yang wujud di antara setiap etnik supaya suasana yang harmonis dapat dikekalkan untuk selamanya. Tanpa diungkap secara terbuka, kita juga menerima bahawa hubungan etnik yang harmonis terutama di kalangan masyarakat merupakan kunci kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Ternyata tidak cukup untuk kita hanya menerima fakta-fakta ini tanpa bertindak tetapi kita perlu menyusun tindakan susulan iaitu dengan memahami budaya etnik atau suku kaum lain yang terdapat dalam masyarakat majmuk di negara kita ini.
 
 
PENGHARGAAN
 
Kami  bersyukur kepada kudrat ilahi kerana akhirnya kami dapat menjayakan tugasan blog ini dengan sempurnanya.Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu menyiapkan tugasan blog ini.Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Puan Ribhan Ibrahim yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami semua untuk memperbaiki kesilapan terhadap blog kami ini.Kami juga tidak akan melupakan jasa-jasa baik kepada rakan-rakan yang lain yang tiada kaitan dalam tugasan blog ini.Akhir sekali,kami sekumpulan berharap dengan tugasan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan pensyarah serta melahirkan nilai kerjasama antara satu sama lain.Yang baik datangnya dari Allah Swt,yang kurang datangnya dari diri kami sendiri.




 
 
 
RUJUKAN
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


                             



                          





                                












                                       













5 comments:

  1. Terimakasih, artikelnya sangat bermanfaat sekali.
    jangan lupa untuk mengunjungi kami di Jual Pakaian Mayoret

    ReplyDelete
  2. Terimakasih, artikelnya sangat bermanfaat sekali. jangan lupa untuk mengunjungi web kami di jual seragam drumband yogyakarta

    ReplyDelete
  3. terimakasih, artikelnya sangat bermanfaat sekali. jangan lupa umtuk mengunjungi kami di Konveksi Drumband

    ReplyDelete
  4. Lucky Club Casino Sites Review & Bonus Codes 2021
    Lucky Club is a relatively new UK online gambling brand that's actually a relatively new luckyclub brand. As a result, the company's site is one of

    ReplyDelete
  5. Casino Vicksburg, SC, US - Mapyro
    Get directions, 경산 출장안마 reviews and information for 삼척 출장안마 Casino Vicksburg, SC, US in 서귀포 출장마사지 Robinsonville, SC. 경주 출장샵 Check MapYR® and Riverboat Casino 부천 출장마사지 Hotels.

    ReplyDelete

KAUM BISAYA DI SARAWAK

             ETNIK BI SAYA DI SARAWAK  1.1 ASAL USUL KAUM BISAYA Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut ...